Monday, September 13, 2010

Ulasan filemm Senario Asam Garam


SINOPSIS
FILEM ini mengisahkan persaingan antara Pak Adam (lakonan Azlee Jaafar) dan Asam (Zaibo) dalam perniagaan mereka. Pak Adam menjalankan perniagaan jual makanan dengan ikhlas dan jujur, berbeza Asam yang suka mengambil kesempatan terhadap orang lain dan mendapatkan apa yang dihajati dengan cara paksaan.

Pak Adam mempunyai pembantu, Tam (Sathiya) yang mengalami kecacatan mata kiri, manakala pembantu Asam, Garam (Mazlan) mempunyai masalah merungkai segala perkara mengenai bosnya setiap kali bersin. Pak Adam dan Asam juga bersaing menawan hati seorang janda, Cik Hawa (Julia Hana) yang mempunyai anak kecil bernama Adam (Famie Don).

Cik Hawa juga menjalankan perniagaan warung dibantu anak saudaranya, Odah (Nadia Mustafar) dan Yah (Adeline Tsen). Asam bertindak membakar gerai Cik Hawa apabila cintanya tidak dibalas. Pelbagai usaha dilakukan Asam dan Garam untuk mengkhianati Pak Adam tetapi Pak Adam bersabar melayan kerenah mereka.

Selepas pinangannya ditolak Cik Hawa, Asam yang enggan menerima kenyataan itu menculik Cik Hawa dan mengugut Pak Adam.

Cik Hawa hanya akan selamat jika mereka memutuskan pertunangan dan Pak Adam menarik balik tender makmal komputer di sebuah sekolah. 
ULASAN 
Entah la,aku pun tengok cite nie pun sbb kakak aku belanje then nak bawak anak anak buah aku niee jalan2 tgok wayang. just ituuu , kalau nak ikutkan hati aku nak je tgok pirahana or step up 3D yg kawan2 aku kata WOW! omgggg. tapi takpeee la, tgok nanti. bile? nak abes tayangan dah daus oi. haha , sokey download jeee. kalau ada! heh,
ok untuk ceritaaa terbaik malaysia nie HAHA, aku perli. aku lewat masuk 10minute ta silapp so ta tahu apa jadi dlm 10 minit tuu tapi takpe kot. filem senario? faham2 la :)
ok, ramai jugak weyh yg tgok. ingat xde org tgok raye2 nie dekat ALAMANDA.raya ke2:)
Ok, Ok, jom tgok pelakon2 dia pulak bagus ke tidak
Azlee senario : sebagai pak adam , aku ta tahu kenapa tapi aku suka dia punya watak utk filem nie, ada lah RASA siket berbanding filem2 dia yg lain. nampak la dia punya KEMATANGAN dalam filem nie xde la jadi org bodoh2 alang haha :)
MAZLAN PET PET : Sebagai Garam , humm watak dia gile bosan la. sama jee dia berlakon. itu la dia dalam filem SENARIO. itu la dia dalam filem ZOO dan itu la dia dalam filem JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK . Tiada yg lain dari lu beb .

Julia Hana : Sebagai Cik hawa , gedik & pengoda. hah sinonim la dengan julia niee, takde yang lain. lakonan yg biasa biasa. 

Zaibo & sathiya & nadia mustafa & fimie dan adeline tsen : masing masing ok berlakon lagi2 sathiya, tapi itu laaaaaaaaa haha :)
kreadit je la kat korang.P/S : adeline tsen tuu yg berlakon citer HOTEL MANIA tuu sory to say sangat kayu berlakon.

p/s : ending cerita nieee punya tempat dengan ending cerita ZOO sama kot , haha kantoi
takde idea dah ke?
ok, aku riles je tgok cerita nie sbb tahu cerita nie takde pembaharuan langsung dan akan kekal selama-lamanya jika ada senario 4,5,6,7 atau 10 sekalipun tapi orang akan tetap pergi serbu ini filem sbb ini cerita SENARIO :)
lu pikir lah sendiri .

DAUS KATA : Ok, sekarang pelawak hanya minat ZIZAN dengan JOHAN raja lawak jeee. Nabil dengan apekkk masih SAMA. BOSAN !

No comments:

Post a Comment