Monday, June 27, 2011

Random.

 Asalamualaikum,Apa khabar semua korang yang hemsem2 dan jelita? Cehceh ayat pancing suruh bace la tuuuuu. Hikhik, Maaf lah dah lama tak update, memang nak update,cerita pun banyak nak share tapi itulah masa je tak dok nak tulis2 ni. Haih
 Tidak apa, arini saya update :)
#Oh ya, jangan risau. Even aku tak update pun, aku tetap bace kisah-kisah korang yg terbaru. Shweeeitt tak? Ngehngeh -.-

1) Internship/Report# : Alhamdulillah, Sudah Lebih 2 Minggu aku tamat Latihan Amali dekat RTM, Unit sukan TV uhh, Yeah tipulah kalau kata tak sedih kan! 3 bulan kot dekat sana. Pagi2 dah gigih kena pergi sana, kena kejar anjing, kena maki dekat sana, happy2 dekat sana, membe2 dekat sana, pkerja2 dekat sana & boss dekat sana. Semua baik2! Banyak benda yang aku belajar dekat sana. daripada aku nothing terus aku jadi org cerdik sikit. -.-
 Terima Kasih pada semua yg ada dekat Unit Sukan tu, Moga tuhan sentiasa merahmati ya :)

#Ha Report pulak, benda dah siap cuma biasalah first time mana ada semua sempurna, jadi kena edit balik lah! Hope bila dah hantar esok. Pensyarah akan terima then suruh buat hardcover terus! Pening nak tunggu lama2. Byk lagi keje nak buat oh :/
Doa-Doakan ya? Maceh.

2) Movie#  KL Gangster : Pada 21/06, aku berjaya juga masuk panggung untuk tengok cerita Arahan Syamsul Yusof, walaupun lewat masuk 15minit tapi kesah apa sbb kat situ last tayangan kot, Bila lagi kan? Hikhik* Itupun dipaksa teman membe dating sekali, Kalau tidak, Memang tak lah kan daus -.-
 Ok pendapat aku secara peribadi, Film ni sgt sgt bg kepuasan bila tengok, aku sure bila korang tengok dekat lappy or astro first sekalipun RASA kepuasan tu memang tak sama bila tengok dekat wayang. Seriously! Dengan jalan cerita yang mudah kita faham, Sistem Bunyi yang awesome, Aksi yg superb, Skrip takde yg merepek2, Lakonan para pelakon di tahap yang bagus membuatkan cerita ini aku rasa HEBAT GILA.
Ouh ya, Kredit harus diberikan kepada lakonan Aaron aziz, Zizan, Adi Putera & Sofi Jikan 
 Lakonan Dorg memang hebat wa cakap Lu!


3) Kota Keriangan, GentingHighland# : Ok je that day, Tidak salah sekali sekala bergembira dan Berkasih sayang bersama Mysis dan family dia. Tapi niat utama memang nak hiburkan hati anak-anak buah, Siapa lagi nak Main dorg games2 kat sana kalau bukan saya kan kan? Lagipun mysis tengah sakit skrg tapi hampir ke sihat lah jadi tak salah bantu membantu enn enn  ;) yang paling penting habiskan duit abg ipar NgehNgeh. Sekali sekala Kita Hiburkan  hati org tersayang kan kan kan! Bila lagi? :)

4) Meet Bff At Kuis :Inilah Dia! Saat yang paling ku tunggu2 selama 3 bulan iaitu bertemu dgn sahabat2 Rapat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa. Rindu segalanya tentang mereka. 
Sambil2 Hantar Draf Report, Sekali Harunglah kan jumpa mybf &gf ni kan ;)
#Afzal Manaf
# Hamzi
#Farhan
#Zul
#Dila
#Rien 
#Hanis
#Sya'a
dan
Yang paling penting
Terserempak jugak lah kan dengan adik2 junior yang makin hot di KUIS ala2 Artis kan! Hahaha
Siapa Lagi Kalau Bukan 
#Maressa
#Dania
#Leeya 

Glad to see Uolls! :)

Asalamualaikum**

Tuesday, May 31, 2011

Bila F&F - Thor Hebat, Karak Tidak Mengecewakan & Nur Kasih yang Boleh Bah Kalau Kau -.-

Hello Malaysiaaa~Aku takde ape yang nak diupdatekan sgt. Well, mcm biasaaa kerja-kerja-kerja & Outstation, Outstation ! And This week I akan ke Kelantan for Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2011 5-6hb :)  Ha ape? Ada Korang tak kesah? Ala nak bgtahu jugak -.- Ok bye! :)


Okey nak kongsi-kongsi jugak nieyh ohh hari tuu kann, saya kann pergi tgok wayang kannn, saya tgok kann, cerita karak kann dengan cerita Nur kasih the movie kan. Haa motif tetibe ada terselit cerita f & f dengan Thor tu saje je kannn nak bg nampak byk entry kali nie kann haha
Takde Motif -.- Ok, skrg saya nak komen2 ttg filem-filem nie la kan, Mukadimah ttg filem-filem nie korang dah bace dekat Tittle kannn so faham-faham la kan ;) 



Ok, dua-dua filem nie aku malas lah nak komen byk sgt sbb aku sure siapa yg tgok kat wayang movie nie sureeeee akan rasaaaa meremanggg*xde hantu ok, I mean meremang sbb movie nie bagus & terbaik lah. Jadi siapa yg ta tgok tu mmg rugi lah ! 
p/s : Bila tgok dekat lappy or dvd sure tak best oh. wayang jugak terbaikkkk
cuma.cuma
film thor aku kureng sikit tapi okey lah. haha :)

NEXT.


KARAK, Laluan Puaka.
3.90/5

Pada aku, filem nie tidak mengecewakan,Tidak lah sampai teruk, Tidak lah membazir  bayar RM11 saje-saje kan tapi mcm biasa cerita hantu mcm dah streotaip lah. Kalau korang suka filem Khurafat korang kena tgok cerita ni sbb ending dia hampir sama. Zzzzzzzzz *Okey dah faham kan? Hahaha

Paling bagus ttg film nie mcm biasalah kalau KRU kan, Visual dgn Sound Effek mmg terbaik, Hantu-Hantu yang ada pun mmg terbaik, Jujur beb mmg serammmm~ Aku meremang okeyy lagi2 time ada hantu perempuan berbaju kebaya mintak tumpang uhh, Fuhh terbaik! 

Then

Mesej yang disampaikan tu mmg bagus, Ayat kursi dijadikan penekanan. Kita kena akui yang kita just tahu bace je tapi tak tahu apa makna ayat kursi tu kan?  Ok dalam satu scene tu dimana Zura ( Shera Ayob) Tgh kena kacau dgn hantuu kan pas2 si shera ayob nie pun bace ayat kursi tapi Hantu nie boleh pulak ikut sehinggalah bila shera ayob bace dengan penuh kefahaman dan dengan penuh mendalam ayat kursi tu.

Aku nak puji jugak lakonan Shera ayob, Bagus even first time berlakon. Seriously aku sebak bila part ending yang dia bace ayat kursi tu. Fuhh mmg terbaik, Naik bulu roma okey. Part ni sgt sgt terbaik. Tak caye tgok lah :(

Cuma ada la beberapa scene yang tak logik, yang tu korang tgok sendiri la eh :)
Kesimpulanya, Aku rasa karak tidak lah teruk , ada mesej yang hendak disampaikan oleh yusry cuma mcm aku ckp tadi ada scene yang boleh buat kita gelak, ada scene yg buat kita jadi keliru tapi part SERAM  mmg terbaik lagi2 kalau kita imagine yang kita ada kat situ.
*ok yang imagine tu aku sorang je. Haha Ok bye :)



Nur Kasih The Movie
3/5

 Pada pendapat aku la film nie Tahap Sederhana, Tak sehebat Drama.Yes! Itulah pendapat aku. Jujurnya aku bosan duduk dalam panggung tu, Rasa mcm nak bg cepatkann masaaa je ohh. Idkwhy, Maybe dorg guna teknik imbas kembali kot or aku yg tak faham kot? Nahh, aku follow kot drama ni. Haihhh. Oh yeah,  ramai yg kata film nie best siap ada yg menangis bagai yaa ada lah part yg sedih ditambah dgn suara Mila yg sedap tu dijadikan lagu tema mmg hangat lah cumaa kadang-kadang aku rasa dorg nie menangis sbb jalan cerita ke atau sebab dengar org lain menangis, jadi kau pun nak nanges jugak? Boleh kan? -.-
tapi bosan-bosan pun film nie tetap ada mesej yg hendak disampaikan, dari Sinematografi terbaik, CGI pun hebat, part adam dgn nur yg kena tembak pun nampak mcm real oh, Scene Jehan Miskin dgn Tiz zaqyah pun bagus then Semestinya  lakonan tiz zaqyah & Fizz Fairuz mmg sgt superb dan mcm biasa pelakon lama Datuk Rahim Razali & Afida S*yang jadi nur & Aidil waktu tua sgt terbaik, berkesan!

Kesimpulanya Filem terbaru Khabir Bhatia nie boleh dikatakan Nice, Syabas kepada semua tenaga kerja cuma kurangkan lah part2 yg sedih tuu kalau terlampau byk sgt pun org jadi letih nk tgok, last2 jadi mcm film/drama indon :/ Bak kata membe aku* Filem Nurkasih nie asyik-asyik bala,bala,bala. Kebahagian bila lagi? So Tepuk dada tanya hati :)
Asalamualaikum.


YANG PENTING AKU TAK NANGES. OK BYE! -.-





Friday, May 20, 2011

Percubaan Pertama :3

Okey Sebelum Tengok Sila Laaaaa Gelakkkk Duluuuu HAHAHAHAHAHAHAHAHA.
Okey dah. Tengok la :3







Aku Taknak Cakap apa-apa sebab aku rasa aku tak pandai langsung dalam bab2 jadi model nie, Ini saja-saja je nak tryyyy. Sumpah*
Bak kata pepatah*pepatah ke ni? -.-
"Org nak kita nakkkk jugak kannn walaupun tak sedari diriiii kan" -.-
Tapi apa-apa pun Thnx la kepada ALG NOH yang berjaya tawan hati saya utk cuba jadi model moden ni  :)
Ouh yeah, Ini event masa 15/05/2011
Tempat : Sungai Gabai.

dan Yang paling penting terima kasih byk2 kepada MyPA*Ok aku tipu
Mycazen sbb sudi temannnnnkuu sampai la abes event ni. Thnx a lot! :)


*Kalau korang nak komen apa2 sila la Inbox di fb plsss. Even nak gelak -.-
Okey bye.

Wednesday, May 18, 2011

Eh Eh Eh :)

 Eh Eh Eh, Dah lama weyh ta bukak blog ohh. Seriusssssss ta tipuuuuu* Korang apa khabar? Mesti semua sehat kan? Yela, Kemain masing-masing dok post cerita masing-masing kan ;D
Ok, Back to the story, Sebenarnya motif utama aku nak update nie sbbnya adalah ku nampak dekat kotak " HAYAT' blog ku kini sudahhh berusia  1 tahun,2 minggu dan 4 hari weyh, Ini bermaksud Blogku sudah berusia 1 tahunnnnnnnn. fuhh, kalau baby ni kira da boleh berjalan le eh?*ok tipu. Dengan Followers sebanyak 33 Orang & Profile Views-247 Orang kira okey la tu kan? Itupun aku tahu ramai yg ta bace pun blog hancus nie haha Its okey janji berterussaaaann.
Apa-Apaaaa Punnnnnnnnnnn " Happyyyyyy anniversaryyyyy " Darikuuuuu untukmuuu babyyyyyyyyy. Hahaha
 Okey bye.

Ini lah hadiah utk Blog ku. Jenggg Jenggggggggg :)


"Owner" Life :)
Daus Muhammad. Hemsem kan Orangnya? Hahaha
*okey yang ini aku rasa tak perlu. -.- Okey bye! :)


Thursday, April 28, 2011

DEACTIVATE ACCOUNT FB.

Jalan Terbaik. 
Akan kembali Di FaceBook.
Tapi Tak Tahu Bila.
Tak Lama Maybe.

Off to Pulau Pinang Tomorrow, Shotting For 
PENANG POCKETBIKE CHAMPIONSHIP
Doakan Saya semoga selamat pergi balik yaaa guys :)

Ohh ya, Ada masa rajin-rajin lah lihat Program yang saya handle sekarang,
Setiap Sabtu
12 Malam
Nama Rancangan- AKSI.
Di RTM1.
Terima kasih.

Itu sahaja, Take care readers :)
byebye




Thursday, April 21, 2011

S
A
Y
A

N
A
K


K
U
R
U
S

S
E
C
E
P
A
T

M
U
N
G
K
I
N

P
L
S
S
S
.
.
.
.
.
 Mood BUNIAN xlama dah, cepat lah kurussssssss! Plssss
saya merayuuuu T.T
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Maaflah, saya terlalu obses utk kurus. Xsalahkan? Ok bye!

Friday, April 8, 2011

RESSA GAGA , Ini Untuk Mu :)


Anis Maressa, Ini hadiah daripadaku untukkk Mu ! XD

HAPPY BIRTHDAY !
May Allah Bless you always!
21y/o dah kan?Tua dah kan? Boleh kahwin dah kan? Boleh beranak dah kan?*oke melalut dan tipu! ;p
-----------------------------------------------------------------------------
You, I just dapat doakan you je agar kesihatan you sentiasa baik dan hidup U akan selalu bahagia.happy dan tenang bila bersama keluarga,org tersayang,kwn2 dan juga I hihi*mcm xperlu yg aku pun kan haha ! dan yang paling penting I doakan jugak yg you akan dpt apa-apa pun yg u nak dalam hidup you termasuk la bakal bf kacak dan baik, blackberry*even dah ada hp baru kan kan dan juga yg paling pentinggg dapat kurus kan! Haa dan I hope one day u akan dpt jumpa kakak kesayangan you yang gila tuuu 'lady gaga' ok? hihi. Kalau xdpt jumpe the real lady gaga pun, dpt jumpa kembar lady gaga pun bolehhh lahhh "didie alias or alyah" hihi. Okeyyy? Amin. ;P

P/S : Maaf lambat buat benda ini utk awk sbb bz kan dengan practical, hari ni jela saya dpt godek2 blog ni :)
Maafkan sayaaa ya?
Ini sahaja hadiah saya utk awk. kang kalau kita jumpa aku belanje kau aiskrim mcd yg paling murah tuuuuu haha. Cukup la kan? hihi
Take care maressa! XD


Again,
Happy Birthday girl :)



Monday, April 4, 2011

I LOVE FASHA SANDHA SO MUCH.


"PELAKON DRAMA WANITA POPULAR ABPBH2010"

CONGRATS FASHA SANDHA,YOU DESERVE IT!
I LOVE YOU DAMN MUCH, MUCH XOXO



FASHA SANDHA WITH REMY ISHAK. PELAKON LELAKI DRAMA POPULAR :))



Coretan : Biarpun ramai yg maki dia, hentam dia, caci dia. I dont care, Yang penting Saya lihat dari segi bakat apa yang dia ada dan juga kecantikkan semulajadi yg di anugerahkan oleh allah kepadanya itu sudah mencukupi. Hal peribadi dia biarlah dia dengan tuhan.Kita ni bukan
 siapa-siapa yang layak untuk menilainya. Sejauhmana anda membenci seseorang, Ingatlah ada berpuluh org lagi yang membenci kamu kamu semua. Seriously, Saya rindu dengan drama Chinta dahulu, Antara drama yg membuatkan Nama Nur fasha sandha ini kembali menjadi hangat. Tahniah Tahniah kepadamu Fasha.Selamat malam.

Thursday, March 24, 2011

KINDA BZ ;

Hello Hello Hello Mottooo Eh Eh Hello Awak Awak Awok semua :)
Selamat Pagi, Petang dan Malam semua. Maaf lah dah lama x update blog ni.
Bukan Malas tetapi keadaan maybe yang tidak Izinkan saya utk update kan :/
Okey skrg nak cerita lah yang saya tengah agak sibuk lah dengan practical aka latihan amali huhu and Yes, saya sekarang sedang practical 
Di Unit Sukan TV, RTM :)
Start Intership dari 14march-14june 2011. Maknenya 3 bulan ohh T.T hehe
dan
disana byk benda dah yg saya blaja, dari benda xtahu jadi tahu ohh :)
 dan
 yang paling penting sekali banyak bebenor benda yg dah berubah.Yang paling terasa sekali ialah WAKTU TIDO!  Yela,Mana boleh tido sampai ke petang dah skrg. Haih :(

Ok, Ini jadual Tido sayaaaaaa skrg~Kwn2 sila Booo! Haih

Ahad - Jumaat : 11.30pm bgn kul 5.30am 

Sabtu jela nak enjoyyyy pun -___enjoy apa sgt?________-
 
Itulah jela arini, saja nak bgthu yg saya bz.Hahaha Motif nak bgtahu? :P
Insyallah Hari lain Saya kan updae cerita yg panjang2 pulak ye. Ok, dah ngantok. Gudniteeee Kawan-kawan :D

Coretan : Alhamdulillah,My boss sangat2 baik & sporting gila + cool oh hehe and  Staff2 disana sangat juga sangat baik. Syukur :)  Bubbye!


BTW TINGGAL 2BULAN 2MINGGU LAGI FOR PRACTICAL :D

Tuesday, March 1, 2011

BERBEDA.

Perasaan bila baru-baru ini ditegur oleh AYAH TIRI di BSP aka Vista sangat membuatkan aku tersentap Malah Perasaan aku pun dah jadi lain dgn rakan-rakan juga. Tak kiralah sesiapa pun. Rasa DOWN bila diperhatikan dgn begitu teruk sekali, lagi down bila ada pyampai-pyampai yang menceritakan benda yg aku tak tahu kepada aku. RALAT sangat!
Kenapa begitu?
Tetapi bila memikirkan kembali apa yang dinasihatkan oleh 
ABANG-ABANG TIRI yang pernah menjadi mangsa, aku kembali menjadi kuat & buat keputusan takkan ambek pusing dengan kata-kata beliau.* Ayat ala2 carpen sgt T.T
---------------------------------------------------------------------------------------------
Bak kata abg tiri : Mungkin ada sebab kenapa dalam ramai-ramai aku yang diantara yang menjadi mangsa & diingati dengan benda buruk. Jadi buktikan kepada ayah tiri kau yang one day dalam ramai-ramai tu kau ada salah seorang yang berjaya membuka mata dia. Mcm mana kami buktikan sekarang.
  
Aku : Hmm itulah, sabar adalah kunci sekarang. Mcm org selalu kata ; Orang yang dibenci itulah one day dia akan syg. Now aku akan buktikan semua tu. Terima kasih Abg tiri sbb bg aku semangat & dorongan. Tanpa semangat Abg tiri, entahlah. rasa down gila. Terima kasih byk2.


Coretan ; Kadang-kadang. bila kita teringat kembali peristiwa "apa yang orang buat dekat kita" itu juga faktor yang membuatkan diri kita always mahu buat yang terbaik dan buktikan kepada "orang yang buat kita tu" yang kita pasti boleh bergerak sendiri even bukan "pilihan beliau". Selamat Bermaghrib. Bye 

REBUT SIARAN.

Sejak-Sejak aku sudah berjaya habiskan pergajian diploma ni then now duduk rumah je skrg sbb tgh nk tunggu practical lagi 2 minggu. Jadi di masa terluang ni aku memang rajin akan tengok CERITA HINDUSTAN dekat ZEE setiap malam. Tak kira la cerita baru ke, Cerita yg dah beratus kali aku duk ulang tayang ke Pasti aku akan tengok. Takde istilah jemuu okkk tapi sekarang sejak2 Mak aku pun dah ada cerita "fairperet" dia hari2 utk ditengokkk maka aku pun kena la tabah untuk berputih mata sebentar. Mengalah ok dengan Mama. hehe yang tak bole blanya pandai dah pegang siap2 remote astro ohh lepas abis berita. Cehh lagi2 cerita dekat RTM tuu Trologi Cinta , Rosyam & Fauziah ghous.
Tgok dari Episod pertama tuuu, siap hafal lagi satu cerita tu. terkejut aku. sejak bila kan? haha. Kemain lagi dia sorang.
-_______-
Nasib baik ada kawan sehindutan always akan update ttg ceita kat zee tuuu.  dania Zinta hahaha. Maressa kapoor. i tahu u xminat, jadi ignorekan ehh.
p/s : saya tgh COBA minat lady gaga ehh haha :p

Sorry post benda yg membosankan sbb aku pun tgh bosan skrg. Bye

Coretan : Takut, Gementar, kecutperut & mcm2 lagi la bila memikirkan apa akan jadi lagi 2minggu. Practical.
T.T

Thursday, February 24, 2011

DRAMA DRAMA DRAMA

Tuhan itu maha adil, Kau tunjuk cara bodoh kau hampir kesemua org perasan.
kau pandang rendah dekat org. kau tunjuk lagak kau depan org.
kau memilih orang depan orang. kau malukan orang depan orang
DAN
KAU JILAT BALIK APA YANG KAU LUDAH TU DEPAN ORANG.
Whatdeeeeheelo ahhh? 
Kau tu kononnya nak tunjuk lagak depan orang tapi sebenarnya kau tak perasan yang kau tu telah menunjukkan kebodohan kau didepan semua org.
-HAHAHAHAHAHA AT YOUR FACE-
Ingatlah labu, harini hari kau. esok lusa hari aku pulak bukan hari aku je tapi hari 1,2,3,4,5 orang lagi yang tengah hangin dengan kauu.

BYE

CORETAN : Masing2 dah tunjuk lagak, aku nak tengok sejauh mana kemampuan org-org yg lagak ni masa 'depan' diorang. wewillsee!

Tuesday, February 22, 2011

Tolong Ingatkan Aku ; Terima Kasih Juan & ANA RAFALI.

Mood skrg tengah berpihak kepada lagu-lagu ANA RAFALI haha. Hampir nak dekat 100KALI kot aku ulang dengar lagu TOLONGINGATKANAKU ni dalam sehari. heee :/
*ok tipu,xsampai la 100 haih -______-
dan 
sekadar mengimbas mengenai lagu terbabit
Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ana rafali iaitu 'TIA' juga telah memenangi anugerah lagu terbaik di Pentas akhir AJL25. Tahniah Ana Rafali :)
*even dah lama dah tapi aku tetap nk wish jugak. Xkire! Haha

Ok, aku dah muqadimah*betul enn? Means "P'buka kata" eh? HAHA kalau salah sila betulkan sbb saya pun teringin nak guna bahasa buku :P
Ok teruskan, Malas nak taip panjang2. Ini saya mahu cerita dengan bangganya bahawa SI JUARA AJL25 ini telah 'CALL' saya ohhh. Actly saya hanya kenal dengan PR die Means PR ana rafali la, selalu jugak la contc ! PR dia sangat sangat baik oh ta sombong langsung &  Pada satu malam, tibe2 time konon2 tgh tension "Study" laaa kannn tetibee "C3" berbunyi then ;

----------------------------------------------------------------------------------

AKU : Helloo, Juan?

 ANA RAFALI : Hello Asalamualaikum daus ehh?

AKU : Terdiam 3minit, Errr. Aahh daus nii, Eh kejap. Ini ANA RAFALI Ke? * Dengar suara pun dah thu kan hehe ;D

ANA RAFALI : Aah, Ana ni. Daus apa khbar? Dah makan? * Sumpah humblee gle, aku dekat phone dah mcm nak pengsannn HAHA * Ok tipu lagi kata nak pengsan cuma terkejut laaa sekejap artisss popular nak call org biasa mcm kita ni. KAN! MANA AKU TA TERKEJUT.

AKU : Khbar baik.Daus tgh onn diet skrg so xmkn la* Motif nk bgthu kat org kata aku tgh on diet? Bhaha. Ok sambung, Sis, apa khbr? Katne ni? Da mkn?

ANA RAFALI : Belum makan lagi, Baru abes majliss ni. apa enth aku lupa*
dah la tengah lapa ni haha* dia gelak.

AKU : Ouhh yeke, Nanti makan byk2 yer heee, Sis2. daus peminat BESAR sis ohhhh hhahaha* Tahu la jugak lagu2 Ana rafali kannnn :)

ANA RAFALI : Ouh ye er, terima kasih byk2. teruskan sokong ana tau. daus tengah final skrg kan? SPM ehh?

AKU : Baikk, Ehhh Bukan SPM lah Diploma. Course Communication.

ANA RAFALI : Upss maaf maff, ingatkan SPM. Ok ana nak ucapkan Good luck dekat daus, buat final betul2 and harap one day kita boleh jumpa tauu. Mana la tahu daus jadi wartawan ke kita dapat berkerjasama kan hehe.
*OMG damnn ahhh, bertapa baik glee ana rafali ni. kalau artis lain sanggup ke nak layan org biasa2 mcm aku ni. haih!
ok mulai sekarang
' SAYA PEMINAT ANA RAFALI'
Bolehh ;)

 AKU : Wahh terharunya, Tq sis! Ok2, juan selalu je ajak lepak tapi daus ni sibuk dengan final skrg, xpe lepas final kita meet ok?

ANA RAFALI : Ouhkeyy! Oklah daus, Ana nak ge makan ni. Lapa, nanti kita borak lagi yer? Buat betul2 tau final :) Asalamualaikum. 

AKU : Okeyy. tq so much sis. Wsalam. Bubye! 


* Perlu keee aku pengsan 2hari 3malam untuk Ini? Hahaha. Omg, mesra peminat sungguh la Ana Rafali ni. Tak sangka uhhh. Lepas2 tu je terus aku semangat study oh tapi dapat tahan lama la, setengah jam saja :P
Hmm disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada juan sbb bgi peluang kat daus borak gan ANA RAFALI. p/s : Bukan diatas permintaan saya yerrr tapi pernah la terniat kalau dapat peluang borak gan ana rafali kan best sbb dia kan dibawah pengurusan JUAN ryte? Dan last2! Hambekkk. REZEKI den ohh. Sekali lagi terima kasih yer JUAN :)
ok donee utk post kali ni, hehe. 
jangan jeles yer kwn2, selamat malam.

CORETAN : Kepada sesiapa yang xheran tu, just nak cakapppp nie jeeee!
KAU ADAAAAAAA?
ByeBye





Wednesday, February 16, 2011

Kenyataan ;

Sometimes, Kita kena terima hakikat yang tidak semua orang suka kita.
yes. Itu kita kena akui.
sometimes, Kita kena terima hakikat bahawa setiap orang ada kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. jikalau mereka cemburukan tentang kelebihan kita. nak buat mcm mana? Tetapi jikalau sebaliknya mereka nak mengata tentang kelemahan diri kita, itu terpulang.
Yang penting kita ta cari masalah dengan org-org yang busuk hati seperti mereka. 
lebih baik kita buat kerja sendiri, Lagi bagus! 
dan
Yang paling penting yang harus kita ingat, orang yang busuk hati ni selalu ada, dimana-mana sahaja.Jadi apa yg harus kita buat hanya perlu bersabar, berdoa kepada tuhan supaya supaya sucikan hati org-org yang memang berhati 'suci' ini dan doakan juga supaya tuhan kuatkan kita untuk terus menempuh dugaan mcm ni. Amin~
gudnite guys.

Coretan : Bila tahu ada yang busuk hati dekat kita, lagi kita kena tunjuk hebat gan mereka. Oh men, cant wait nak habeskan Exam cepat2! Plsssssssss.

PERHATIAN

NAK KURUSSSSSSSSSSS
NAK KURUS KERINGGGGGGGGGGG
NAK DAPATKAN BERAT BADAN IDEALLLLLLLLL
PENAT/LETIH JADI GEMOOOKKK
SIGH*

BYE, PENAT DAH MENGELUH.




Tuesday, February 15, 2011

Bulan Ini Bulan Cinta.

Hello, Apa khabar semua? Sehat? Eh Lama saya xupdate blog ni kan? Haha bukan malas cuma xde masa sbb Bz sangat dan sekarang saya ada masa jadi biar saya teruskan eh menaip mcm org gile eh haha*ok tipu :)

BULAN INI BULAN CINTA 

Okey ini baru benda sebenar-benarnya yg hendak saya kongsikan, Cuma apa yang hendak dikongsikan iaitu kedatangan awal bulan february agak baik untuk saya dan juga rakan-rakan. Bermula Dengan aktiviti berseronok bersama kawan-kawan sekelas di PD, Aktiviti luang masa bersama group kawan serumah dan yang paling penting dengan final exam nya lagi( sebab last semester) haha.  
Ini semua adalah satu keseronokan, bukan satu bebanan.

1)Kisah di PD ; Hampir semua kawan2 kelas ada, maybe 4,5,6 org je yg xdtg maybe ada masalah kan tapi xkesah sbb xde bg kesan apa2 pun. janji semuanya berjalan dengan lancar. Aktiviti disana sangat best even penat tapi tak kesah sbb dikelilinggi rakan2 yg awesome jadi keletihan itu tolak ke tepi. Games banana boat tu mmg kelaka abes! kesian bella sampai pengsan eh jatuh kat laut hehe. Terima kasih kat aku cepat sbb selamatkan kau! heee then
BBQ memang fun, daging kambing mmg terbaik dari ladang ah :D

2) Kisah di MELAKA, TAMPIN ; Menemani housemate pulang ke rumah dimelaka. seronok jgk. Mcm2 kitaorg buat, berkumpul balek mcm dulu2. Borak sampai pagi . dorg semua otak gile2 mmg 24jam gelak jela hehe :D

3) Final Exam ; Time nie paling malas sbb kena study! haha tapi memikirkan ini yg terakhir. jadi kena buat yang terbaiklah. Bg up siket CGPA kan! Nak dapat dekan memang xla tapi cube dapat yg lagi baguss. Insyallah boleh kalau ada usaha kan :D Good luck kwn-kwn & untuk diri sendiri juga :)

Sometimes. Saya taknak menghampiri bulan February kerana saya tahu itu adalah bulan terakhir saya bersama mereka. saya juga tidak mahu bulan february ini hampir kerana saya tahu saya akan berpisah dengan mereka. tiada lagi mendengar gelak tawa, jerit tangisan dan cerita panjang mereka kerana saya tahu bulan february kini hampir ke penghujungnya. sekarang saya sebak dan tak mahu memikirnya. Mujur, saya ada beribu kenangan bersama mereka. dan saya akan simpan dan ikat erat2 memori ini supaya akan ada yang boleh di kenang pada masa hadapan. Terima kasih kawan-kawan sebab pilih saya jadi kawan korang. korang kawan yg terbaik pernah saya ada. Tak kiralah sesiapa pun lah kawan saya, saya hargai sgt sgt :)

 Coretan ; Moga kita dipermurahkan rezeki dan lebih kebahagian di masa akan datang. Amin :)

Thursday, February 3, 2011

Dialog Murahan ; Rakan Lama & Saya

Hafiz ; Weyh Daus, Kurusnya kau sekarang.

Aku ; Mana ada. Sama jelah :)

Hafiz ; Betul lah. Kau ni biar betul. Apa rahsia?

Aku ; Mana ada rahsia apa2.Aku gemok lagi kot tapi kalau kau nak kurus    makan kena jagalah.

Hafiz ; aku tgok lain mcm je. kau sakit eh ke ambek ubat lain ni?

aku ; Kau gila apa nak ambek ubat lain? Panadol pun aku payah nak telan =.=

Hafiz ; Kau hisap gam eh?

aku ; Erkk. kau jangan melalut la gila. Rokok pun aku xisap. haih
 
Hafiz ; dah tu?

aku ; fyi, bukan kau sorang je kata aku mcm org sakit. ramai dah, padahalkan.

Hafiz ; mmg pun haha.


P/s : Haih. pantang org yg dah lama xjumpe aku siket mesti dorg kata aku kurus sbb sakit padahal kan =.= Saya sihat jee so far. Nak kurus senang je jangan makan nasi & buat2 lah keluar peluh siket dalam sehari. Insyallah boleh kan & Ouh ya, xkurus pun sebenarnya.  saya masih dlm mood diet skrg tapikan sampai bile ek nak diet? Itu yang menjadi persoalan yang payah utk saya bg kan jawapan haih! Bye.

Akhirnya ;

Salam sejahtera & Selamat hari raya cina semua  :) Okey, korang buat apa je cuti-cuti nieyh? Mesti ramai yg hangout enn, ada yg family days, ada yang kenduri bagai. Seronoknya. Aku? Hmm mula2 plan xde apa2. Ingat nak duduk rumah dan fokus STUDY sahaja. Ha Apa? Study haha. Iya! aku ulangi nak STUDY sahaja sbb Isnin ni dah start final exam enn tapi tadi pagi tiba-tiba je membe2 ajak lepakkan.jadi aku dengan cepatnya kata "OKEY", siap bg idea lagi nak lepak mana. haha,  bila dah tahu nak keluar terus xingat apa dah pasal exam ni ;P haha. tergamak. Wait, tapikan dekat Mulut ni always cakap risau,takut,risau takut nak final nie. itu la, ini la dalam kepala hotak tapi Usaha langsung xde, Mcm mana nk bjaya? Plss lah Sedar diri daus, xlama dah 3 hari je lgi niii nak start * tetibe aku monolog sorang2. Gila ke hape daus! haha. ouh ye maybe dah  kenyang sbb tu boleh maki diri sendiri kan =.=
Hmm Kawan2, Wish me luck ya? Doa2 kan lah jgk. xsalah kan? hehe Terima Kasih.
Ok sambung cerita, semalam lepak bersama kawan baik means jiran2 yang seakan sebaya saya masa kecik2 dulu di Mcd,pandan mewah jeee haha. comel je jiran2 saya skrg ni bila dah jumpa balik. Ada yg dulu gemok skrg dah jadi kurus. ada yg kurus jadi gemok. ada dulu pendek skrg dah jadi tnggi dan yg paling kelaka dulu budak ni org panggil dia  'bontot tongek' haha tapi dululah sekarang dah tak kan ;P kelaka betul bila ingat balik cerita kecik2 dulu kan sampai  terbahak2 kitaorg ketawa dekat mcd tu haha. Nice lah! dah lama xjumpe kan hehe. Ha dahlah korang, jam sudah pukul 4.25 pagi ni. xreti nak tido dah ke kan hehe ! okey Bubye

Coretan ; Seronok satu hari nieyh bersama kawan2 yg semuanya gila. 
take care.

Sunday, January 30, 2011

Lama ;

Salam Sejahtera.Rasanya sudah lama xupdate blog kan-kan-kan. Bukan Malas cuma Masa xde sangat nk update. Cerita always ada nak share.nak luah.nak khabarkan tapi itulah masa.
Iya masa. Bz dengan aktiviti2 kolej, beberapa minggu sibuk dengan event for ' Dinner'
Alhamdulillah lah semua berjalan dengan lancar even ada mulut2 longkang kata dinner kali ni BIASA-BIASA je tapi secara peribadi ramai yg ucapkan tahniah dekat kitaorg. Itulah lebih bermakna. Biar simple janji meletup kan :)
ok now rasanya mylife okey. mcm biasa, sorang2 without Girlfeee and now lagi bosan sbb mymom tiada disisi, mama balek kampunggg di thailand sbb myatok tgh sakit. tapi alhamdulillahlah kesihatan myatok makin okey.Since mymom takde dekat rumah, gila sunyi ouh. yg ada kat rumah cuma mydad je. kalau mymom ada bolehlah borak2 ke, teman saya tgok hindustan sampai pagi ke, gelak2 T.T okeylah senang cter skrg aku rindu mama aku. CUKUP DAUS. Haih =,=
Kejap nak cerita jugak, kes sakit dada yg dialami selama 3 hari. Sbb Sbbnya dah lama xsentuh nasi tapi hanya sentuh MAGGIE SAHAJA. SEKALI LAGI MAKAN MAGGIE SAHAJA
Hampir2 buat aku derita! Cissss padan muka aku. 3 hari sengsara sakit dada! Mujur lepas makan ubat & kawan2 urut badan. semuanya makin ok! Fuhh cobaan betul.
jadi lepas nieyh Ingat ya, Maggie mmg terbukti xbaik utk kesihatan. tahu x?
*ok. sampai skrg maggie antara koleksi Terbanyak dlm bakul makanan.haha TABIAT. 
ULANGI INI TABIAT.
ini je kot untuk arini! nanti ari lain saya update lagi ya! ouh ouh nak tgok gmbr dinner?  boleh2. tapi siket jelah ehhh heeeee Wait!
------------------------------------------------------------------------------------------------------

 With 'KK', first time meet, dia sangat lawa lah. hehe, ouh ya, dia salah sorg yg follow myblog! Tq kk. Ini utk awk haha :)

 With mybest friend, afzal :)

Dan last nieyh with Ais Rashid. Model cantik ;)

Okey dengan ini nak memaklumkan yg aku LUPA nak tangkap gmbr sorang2! Haih. Bz apa sampai lupa tangkap utk diri sendirikan kan ;( Jadi saya letak jelah gmbr dengan kwn2 saya yg lain. ok sedih =.=
Ouh ya, ini satu jee gambar yang diambil sebelum dapat tahu yang masa dinner xleh over2! bukan main lagi aku nak lukis2 muka. last2! dah dapat isyarat dari ketua jabatab bahawa xdibenarkan apa sahaja yg OVER pada malam tu! Haih. xpe2, malas nak cakap apa2 sbb benda dah lepas kan? nak tgok x? nak x ? nak x?
okey ini diaaaaaaaa!
yang celak sampai ke-hujung tu jgn dicaye sbb itu adalah sbb kejahatan afzal, tergamak. inilah dia contoh sebenar haha conteng-an muka untuk ke dinner sbb nak bg nampak sesuai dgn tema that nite iaitu - Mysterian arabic! Tapi apakan daya. x tercapai nak pakai mysteri2 mcm ni kan. so pakai biasa mcm gmbr diatas sudahlah. ok :D
oklah itu je kot. Gudnite! 

Kata Hati ; Makin kenal dengan perangai org-org yang berada disekeliling saya, 
OUH SERONOKNYA.